sungguh aku tak pernah bosan
mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar
suka duka silih berganti
bulan bersembunyi terbit pula mentari
pemikiran aku di asah suapaya
mengingati tika aku di alam persekolahan
sembilan tahun yang lalu
disebuah sekolah perkampungan
kawasan pendalaman batu7,kuching
ayah menghatarku dengan senyuman
akumembalas dengan tangisan
pertama kali menlangkah ke alam persekolahan
bagai tercabut nyawa di badan
ketakutan kian menghantui perasaan
seawal umur ku enam tahun
ku jejakkan kaki ke sekolah TadikaKemas
bagaikan seekor anak ayam kehilangan ibu
bila-2 sahaja boleh tersesat jalan
hanya tangisan menghiasi ruang ketakutan
hanya tangisan buat penawar kerinduan
dunia kian terasing wajah-2 baru kelihatan
kanak-2 sebaya dengan ku
begitu ghairah menimba pengalaman baru
mengenal erti dan sebutan abjad
aku pula semakin hilang arah tumpuan
leka memandang ke tingkap yang dihiasi langsir biru
kerna asyik teringat ayah dan ibu
Ahh .
kenangan sembilan tahun yang lalu , tiba-2 menerjah kotak pemikiranku
sertamerta aku mencari pen dan kertas untuk menulis mengenainya
kehidupan sebagai seorang pelajar , Alah Bisa Tegal Biasa
akan ku tuntut ilmu hingga ke Negeri China
bukan sahaja Negeri China
malah tidak mustahil sehingga ke hujung dunia .
ditulis sendiri oleh :
alyshanurain
No comments:
Post a Comment